Thursday, 15 September 2011

DAGING HITAM BEREMPAH


assalamualaikum....selamat hari raya dan maaf zahir dan batin sekiranya ada terkasar bahasa dan gaya penulisan... tak terlambat lagi rasa nya nak bertanyakan kabar dari kampung...tentunya semua dah kembali bekerja dan menjalan kan tugasan seperti sediakala cuma hujung minggu diselangselikan dengan acara OPEN HOUSE yang bukan  saja menggembirakan malahan juga mendebarkan kerana maknanya menambahkan lagi berat badan yang dah turun masa ramadhan dulu...

untuk semua berhati2 ketika menikmati juadah bukan apa kerana dek nak jaga hati tuan umah kita yang akan menanggung derita dek kerana makan tak terhingga pulun tak terkata....

DAGING HITAM BEREMPAH atau ada juga yang panggil DAGING HITAM MAMAK ni mak uda amik dari resepi blogger lupa plak namanya tapi orang utara belah penang kira pior lah mamaknya...jadi maaflah pada tuanpunyer resepi ini coz terlupa nak amik nama....apapun minta halalkan resepi ni yer...

baru tadi mak uda masa DAGING HITAM BEREMPAH ni atas permintaan satu2nya anak lelaki mak uda dan memang sorang jer pun...

mudah dan sedap lagi2 kalau dimasak hari ini untuk dimakan esok....perghhhhh mmg setanding dengan kedai mamak kat area damasara damai tu .... he3... itu kedai pebret mak uda sekuarga lepak ngeteh dan makan nasi kandar....


sedapkan walaupun dalam gambar....

DAGING HITAM BEREMPAH


500 gm daging dipotong tipis / dadu
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
7 cili kering
1 camt jintan manis
3 camt ketumbar
4 camb kicap pekat
2 camb kicap manis
5 camb gula putih/pasir
garam secukup rasa
1 btg kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari/karapolay
asam keping

aturan

1.    2 labu bawang besar dan bawang putih dihiris nipis , cili kering dipotong dan dicuci, halia juga di potong
       jintan manis dan ketumbar kesemua bahan digoreng dengan minyak sedikit sehingga wangi..kisar  
       halus

2.   gaulkan kesemua bahan kisar dengan daging, kicap pekat, kicap cair, gula, kayu manis, bunga lawang
      dan buah pelaga...tambah air sehingga tenggelam daging dan rebus naik api sederhana sehingga daging
      empuk

3.   setelah kuah agak pekat dan daging sudah lembut masukkan sekeping asam keping suaikan rasa..

4.   panaskan sedikit minyak dalam anggaran 4camb dan tumiskan 1 labu bawang besar dimayang 2 ulas
      bawang putih dan daun kari tadi sehingga wangi/garing dan tuang kedalam daging tadi dan tutup cepat2
      periuk/kuali dengan tudung dan ttp api...
versi dalam piuk


sedap dimakan dengan nasi tomato, beryani, minyak dan nasi putih.....

jangan lupa ye cuba jangan asik salin resepi jer nnt kena perli dengan tok laki plak.....

WASALAM.... 



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Komen Sekali

Wednesday, 24 August 2011

TEMPE MANIS GURIH


makanan ringan yang menjadi kegemaran dah tak kira bangsa..kalau dulu2 orang jawa jer yang makan tapi sekarang dek kerana celik kesihatan dan gaya hidup sihat makanya tempe menjadi pilihan utk menyahkan toksid...

tempe manis ni boleh dimakan begitu sahaja atau boleh dijadikan hidangan untuk makan tengahari/malam...dah agak komersial jugalah tempe ni...

penyediaannya bukanlah sukar sgt cuma perlukan kesabaran kerana perlu dibuat berdikit2....

apa yang perlu adalah masa ....

TEMPE MANIS GURIH/GARING


bahan untuk sambal
segengam cili kering (20 tangkai)
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
sedikit belacan
5 camb sos cili
5 camb gula pasir
serbuk ikan bilis (jika suka)
garam

aturan:

1.  panaskan minyak (agak banyak sikit dari biasa) tumiskan kesemua bahan kecuali gula dan serbuk ikan
     bilis.

2.  tumis sehingga naik minyak dan tambahkan gula dan serbuk ikan bilis.

3.  JANGAN TAMBAH AIR (NO WATER ADDED)

4.  bila dah naik hitam sedikit/maroon  tutup api dan sejukkan

* sambal ini boleh dibuat banyak dan disimpan dalam peti sejuk dan tahan berbulan2 tidak perlu panaskan sekiranya perlu cuma digaul dengan tempe sahaja dan hidang...


bahan utama :

6 keping tempe potong nipis
1 cawan ikan bilis
1 cawan kacang tanah

kesemua bahan di goreng garing dan sejukkan.

setelah cukup sejuk simpan dalam bekas kedap udara...dan gaul secukupnya sahaja ikut keperluan...sambal ikut rasa masing2 nak pedas atau biasa2 je agak2 balut2 gitu...

selamat mencuba

ASSALAMUALAIKUM...
Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Komen Sekali

JEWER-JEWER @ CUCUQ KEMBONG

salam ramadhan....semuga hri ini juga menjanjikan sesuatu yang manafaat untuk semua teman dan rakan...sahabat handai dan taulan.

JEWER-JEWER@CUCUQ KEMBONG....adalah makanan untuk minum pagi dan petang sesuai sekali untuk anak2 kecil kerana tidak ada rasa pedas pun melainkan dicicah ngan sambal...wakaka...

masa kecik2 dulu inilah sarapan pagi yang kerap kali mak buat....dulu2 tak berapa suka sebab selalu sangat jumpa namun sejak berkahwin berpuluh tahun ni mmg menjadi kegemaran apalagi ianya leh dicicah ngan berbagai kuah...kari, sambal ikan bilis, SAMBAL LONTEH dan sambal sardin


mak uda tak lah wat banyak sangat cukup untuk berbuka ber3 je...mak uda pak uda dan muzani...tapi alhamdulillah cukup kerana ada buat hidangan lain juga...mee laksa tikus goreng dgn daging...nnt di lain eposid mak uda upload pic dan bagi resepi...LAKSA TIKUS he2 geli plak bunyinya tapi dah macam tu bunyinya...tapi yang penting sedap dan disukai oleh keluarga...

kalau nak wat JEWER-JEWER ni kena in advance lah juga walaupun nampak mudah bahannya tapi kena perap juga nak bagi lembut tak boleh lepas uli je terus nak goreng nnt dia liat tak lembut gebu

JEWER-JEWER
hidangan untuk 4 orang

3 cawan tepung gandum
1/2 cawan kelapa parut
2 camb susu pekat manis
air suam secukupnya, garam

aturan

1.  campurkan kesemua bahan dan uli sehingga lembut..bulat2kan sebesar bola pingpong dan perap sekejap
     tutp dengan kain/tuala dapur yang bersih..

beginilah lebihkurang rupanya...tabur tepung sedikit supaya senang
nak uli nanti...







2. biarkan selama 1 jam..canai dengan pencanai atau dengan tangan sahaja










3.  panaskan minyak hingga berasap barulah digoreng dan tekan2 skit dalam miyak supaya menggelumbong cepat...ianya akan agak nampak hitam skit kerana diboh susu...










boleh dicicah dengan sambal sardin emmmm enak sekali....buat waktu hujan2 ish lagi mengancam...
selamat mencuba



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Komen Sekali

Monday, 22 August 2011

GULAI RIAS PISANG


salam ramadhan untuk semua sahabat blog mak uda ni dan juga yang baru nak jenguk2....dah masuk 22 hari kita insyaallah berpuasa...jam dah pukul 6.15pm cuma beberapa detik lagi kita akan bersama2 berbuka puasa semuga puasa kita seharian ini diterima bukan berpuasa hanya dapat lapar dan dahaga sahaja...

kali ini mak uda nak kongsi resepi yang eksotik dan agak terkenal diutara dan pantai timur tanah air...GULAI RIAS PISANG atau pun kalau nak tahu lebih lanjut ianya adalah isi tengah pokok pisang atau ada yang panggil hati pisang....orang india jiran mak uda kata masak rias pisang ni bagus untuk pencernaan perut kita....apapun dulunya mak uda tak reti makan tapi sejak beli di bazar ramadhan tahun lepas dah jatuh cintun plak rasanya dengan GULAI RIAS PISANG ni....

mungkin di pantai timur lain caranya tapi ini mak uda belajar dari teman2 ...terimakasih pada WAN NORHAFIZA kerana menunjuk ajar gulai istimewa ini.....jasamu tetap ku kenang tiapkali mak uda buat GULAI RIAS PISANG ni....

inilah rupa RIAS PISANG...cuma amik bahagian yang lembut sahaja
dan dipotong anggaran 1/2 inci supaya tak hancur tika dimasak nnt

GULAI RIAS PISANG ni terkenal untuk jamuan kenduri kawin...







potong kecil dan rendam dalam air untuk memudahkan ditarik benang....RIAS PISANG ni ada benang2 halus ini kena dibuang dahulu ... tarik je. .. atau jiran mak uda gunakan lidi satay dalam 3 btg dan pusingkan dalam besen rias pisang tu...lekatlah juga benang...memang leceh skit nak menyediakan GULAI RIAS PISANG ni tapi itu lah kalau dah namanya eksotik begitulah susahnya nak menyediakannya...tapi rasa dan hasilnya tidak mengecewakan....

GULAI RIAS PISANG


1kg daging tetel (direbus dan dipotong kecil)
1 btg rias pisang dipotong dan dibuang benang
1/2 cawan kacang dal lembut (direbus empuk)
(dhal lembut ni mudah empuk - mak uda beli kat kedai india)
5camb rempah kari daging
1 camb serbuk cili/cili kisar
3 labu bawang besar kisar
10 ulas bawang putih
(6 kisar 4 mayang )
2 inci halia
2btg kayu manis sederhana besar
3 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga
2 biji tomato
2 tangkai daun kari
5 biji buah keras dikisar
2 paket santan pekat
3 keping asam/air asam jawa

aturan

1.  rebus empuk tetel dan potong kecil2 ketepikan.  Mayang 1 biji bawang besar dan 4 ulas bawang putih
     potong dadu tomato.

2.  panaskan minyak dan tumiskan kayu manis, bunga lawang dan pelaga kemudian masukkan bawang merah
     dan bawang putih yang dimayang juga tomato yang didadu sekali dengan daun kari tadi.

3.  apabila telah wangi baunya masukkan pula bahan yang dikisar tadi dan tumis sehingga kekuningan..
     masukkan pula rempah kari dan serbuk cili..

4.  apabila dah naik minyak masukkan tetel, dhal yang direbus tadi dan sedikit air ..didih sebentar dan masuk
     pula rias pisang tadi yang telah dicuci dan tos...didihkan dan masukkan santan dan asam keping.

5.  suaikan rasa...

mak uda berharap resepi kali ini dapat menambahkan koleksi masakan semua teman2 dan pelawat2 blog mak uda ni....selamat mencuba

ASSALAMUALAIKUM


Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Komen Sekali

Sunday, 21 August 2011

JJCM JAKARTA/BANDUNG

kali ini tidaklah ada post resepi cuma nak share pengalaman mak uda semasa melancung ke jakarta/bandung baru2 ini....rasanya sedap juga makanan jiran kita ni...tapi perlu dinasihatkan agar tidak mencuba makanan gerai....seeloknya makan di restoren atau cafe kerana perut kita ni tak tahan takut ada yang ciritbirit sekembali ke malaysia nanti....

nak share antara makanan yang mak uda gemari kalau melancung ke sana

NASI TUMPENG
dihidang dalam daun pisang, ada seperti biasa sambal belacan yang pedas berapi, tempetahu dan sup asam yang mmg mak uda paling suka....rasanya nama dia NASI TUMPENG...pilihan ikan atau ayam...tapi jgn terkejut ayam dia kecik2 saiznya so kalau yang biasa makan ayam portion beso kenalah oder 2 ketul...

AYAM PENYET


GADO-GADO JAKARTA
GURAMI TERBANG
sebenarnya ikan kaloi...kalau di sini tempat tinggal ikan ni mestilah di akuarium je wat jamu mata tapi kat sana jamu perut....he3...tapi apapun ikan ni memang sedap sgt...garing cicah ngan sambal kicap potong2 tu....tapi manis....

rindu plak nak ke sana...bukan shoping telekung je malahan leh gak makan2....oder2 langsir ke....

sapa2 yang tak pernah ke negara jiran kita indonesia silakan kalau teringin nak rasa pengalaman dinegeri orang...lain padang lain belalang...

ASSALAMUALAIKUM...
Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Komen Sekali

Saturday, 20 August 2011

CUCUQ UDANG SET/SAMBAL KACANG

salam ramadhan....syukur alhamdulillah kerana masih diberi peluang dan ruang untuk menjalani ibadah puasa ini walaupun penuh dengan cabaran dan dugaan....bersyukur kerana masih boleh berfikir dan muhasabah diri agar menjadi lebih baik di masa dan waktu akan datang jika masih diberi peluang....

kali ini mak uda nak kongsi resepi yang pastinya menjadi kegemaran kebanyakkan orang....sejak berkahwin dengan orang utara ni...kira banyak juga lah yang dapat dipelajari dari teman2 dan terutama arwah Ibu Mertuaku  CHE PAH.... walaupun sudah hampir 10 tahun pemergiannya tapi alhamdulillah ilmu memasak yang sempat diperturunkan akan kekal dipraktiskan dan insyaallah akan cuba dipanjangkan agar ramai lagi yang mendapat manafaat...

CUCUQ UDANG dan SAMBAL KACANG amatlah sinonim dengan masyarakat melayu dan amat digemari sebagai hidangan petang....

berbagai versi CUCUQ UDANG dan SAMBAL KACANG tapi itu bukan masalahnya kerana lain padang lain belalang...
teringat ada teman bagi tau yang beliau tak pernah dapat CUCUQ udang yang lembut so diantara penyebab mak uda tulis resepi adalah kerana teman baik mak uda ni...


mula2 resepi CUCUQ UDANG dulu barulah mak uda bagi resepi kuah SAMBAL KACANG MIL...

CUCUQ UDANG
(hidangan 2 orang)

9 camb tepung gandum
2 camb tepung beras
1 telur
1 labu bawang besar kisar
2 camb udang kering kisar
100g udang basah di tumbuk kasar
i tangkai cili merah dipotong dadu
5 tangkai kucai dipotong kecil
segenggam taugeh
sedikit minyak panas
sedikit air panas

bahan sampingan

2 keping tahu digoreng
1 btg timun di potong

aturan

1.  gaul kesemua bahan kecual minyak panas dan air panas.

2.  panaskan minyak dan tuangkan atas aduanan tadi dan gaulkan...ia akan memberikan kerangupan
     dbahagian luar cucuq itu nanti

3.  masukkan pula sedikit air panas mendidih untuk lembutkan aduanan dan biarkan sebentar

4.  panaskan minyak dan goreng cucuq udang itu jgan kecilkan api kerana nnt cucuq makan minyak...jgan
     goreng terlalu tebal seeloknya agak nipis...


SAMBAL KACANG/KUAH KACANG

segengam kacang tanah
1 btg serai dititik
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
belacan
asam jawa
10 tangkai cili kering

Add caption










aturan

1.  goreng kesemua bahan ... perlu diingatkan buang biji asam jawa jika beli yang ada biji.

2.  kisar halus kesemua bahan dengan sedikit air

3.  panaskan sedikit minyak dan masukkan serai yang    dititik tadi...masukkan pula bahan kisar tambahkan gula garam.

4.  suaikan rasa



Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Komen Sekali

Friday, 19 August 2011

LEMAK PUCUK UBI

semua orang dah tahu nak masak LEMAK PUCUK UBI ini....memang mudah dan rasanya mmg sedap apalagi kalau dimakan bersama SAMBAL LONTEH....

mak uda ada tanam beberapa pokok ubi so tidaklah nak ambil ubi cuma ditanam dengan niat nak kutip pucuknya sahaja....

pucuk ubi ini elok dikutip waktu lepas hujan ataupun kalau cuaca kala itu musim huja...daunnya lembut dan sedap tapi kalau dikutip kala musim panas daunnya agak liat...

semasa mencelur pun ada rahasia dan cara agar pucuk ubi kekal hijau....ada juga orang masukkan kapur dan garam dan minyak semasa mencelur....itu pun boleh juga mengekalkan kehijauan pucuk ubi...

mak uda kekadang celur dengan sedikit gula....garam dan minyak masak...


LEMAK PUCUK UBI


i ikat pucuk ubi (celur dan potong sedikit)
garam, gula dan minyak untuk mencelur

1 paket santan pekat
segengam kecl ikan bilis
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
1 camt serbuk kunyit atau 2 inci kunyit hidup
1 kiub pati ikan bilis
garam dan serbuk perasa jika suka

aturan

1.   celur pucuk ubi dengan didihkan air bersama sedikit garam, gula dan minyak masak sehingga lembut.
      cuci dan toskan dengan memerah skit....jika suka boleh dipotong mengikut kehendak...

2.   blend kesemua bahan diatas melainkan serai yang perlu dititik...tuang bahan blend tadi dalam periuk dan
      renehkan sehingga agak kering airnya.

3.   masukkan pucuk ubi tadi dan tuang sedikit air agak2 paras pucuk ubi tadi dan reneh lagi..

4.   bila mendidih masukkan kiub pati ikan bilis dan santan...kacau supaya tidak pecah minyak...

5.   suaikan rasa dan tutup api...jgn ditutup dulu periuk tu dengan tudung biar sebentar agar tidak pecah
      minyak dan pucuk ubi menjadi kekuningan.

selamat mencuba dan semuga mendapat manafaat dari ruangan ini....

ASSALAMUALAIKUM...
Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Komen Sekali

SAMBAL LONTEH

Salam ....selamat menjalani ibadah puasa...hari ini insyaallah dah masuk hari ke 20...rasanya begitu pantas masa berlalu...bertambahlah usia semuga bertambah juga amalan....

hari ini 20 ramadhan mak uda ingin berkongsi satu lagi resepi yang menjadi kegemaran keluarga mak uda tapi bukan suami sebab dia orang utara jadi kurang pengalaman makan sambal jenis begini....tapi lately dia makan lah juga kerana dah lebih 20 tahun usia perkahwinan entah berapa ratus kali mak uda dah buat....

SAMBAL LONTEH  ni adalah antara sambal orang JAWA...selalunya boleh juga dimakan dengan JEWER2 atau anak mak uda masa kecik panggil TETE TUWE....maklum je lah budak umur 5 tahun pelat lagi ....

kalau di lawan dengan masak lemak putih pucuk ubi atau kobis ke petola/gambas (org jawa panggil) pun sodap....ada plak ikan gelama masin...perghhhhh....memang boleh buat makan nasi berpinggan2...

agak2 dah berjela membebel so mak uda perturunkan ilmu/resepi untuk panduan semua semuga bertambah ilmu memasak kawan2 dan pelawat2 blog ini....

SAMBAL LONTEH


3 tangkai cili merah
6 cili api hijau /merah
sejemput ikan bilis
1/2 biji bawang besar
1 limau kasturi
sikit gula

aturan...

1.   panaskan minyak dan goreng ikan bilis ketepikan.   goreng pula bawang besar tadi dipotong sikit supaya
      mudah ditumbuk nanti.

2.   goreng pula cili merah dan cili api...tudung kuali takut meletup...tutup api dan toskan.

3.   tumbuk kesemua kecuali limau kasturi

4.   hidang dan curahkan air asam limau kasturi...


semuga semua mendapat manafaat....

ASSALAMULAIKUM.....
Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Komen Sekali

Thursday, 18 August 2011

UNGKEP HATIPEDAL AYAM/HATI LEMBU

salam ramadhan...dah masuk hari ke 19 kita berpuasa...esk malam insyaallah adalah 10 malam terakhir dan kebanyakkan masjid dan kita akan mengadakan kiamullai insyaallah...berusaha cuba untuk beribadat pada malam2 terakhir untuk berebut malam lailatulqadar yang datang cuma setahun sekali dibulan yang mulia ini...

resepi kali ini adalah UNGKEP hati/pedal/kaki ayam...selalunya kalau rewang ditempat mak uda dulu dan masih lagi dipraktikkan sehingga kini kalau kenduri kendara besar seperti kenduri kawin ke kenduri berkhatan ke atau sekecil2 kenduri doa selamat...lebihan atau innerpart ayam atau kadangkala lembu pun diaorang akan wat resepi yang begini...

tidak pedas dan sesuai dimakan oleh kanak2  sekalipun....

semalam Muslimat tempat tinggal mak uda wat Iftar Ramadhan...jadi lebihan hatipedal dan kaki tu Kak Roy potong kecik and mak uda wat rempah untuk UNGKEP ni...cuma tak boh santan jer...kalau nak boleh juga cuma hidangan hari tu berasaskan santan jadi yang ini tak diboh santan....reduce kolestrol lah kunun...

semalam sedari 8.30am sehingga asar...mak uda rewang di majsid menyediakan juada berbuka puasa dan tapau untuk muslimah bch....penat badan ni...tapi alhamdulillah hidangan semuanya sedap2 belaka...termasuk dengan UNGKEP ni yang masing2 tak sabar nak merasa masa berbuka...maklum je lah hidangan kira eksotik...


rupa dan color mmeng lah tak berapa elok coz guna kunyit fresh ni tau....tapi rasa insyaallah sesuai gak untuk orang yang berpantang....

UNGKEP


1 kg hati/pedal ayam atau leh guna hati lembu
1/2 kg bawang merah/besar kisar
10 ulas bawang putih
2 camb halia kisar
5 btg serai kisar
3 inci lengkuas kisar
1 camb lada hitam kisar

bahan untuk disangrai:-
3 camb ketumbar
1 camb jintan manis
1 camb jintan putih
(kesemuanya dikisar halus kering)

air asam jawa/asam keping
sedikit santan (jika suka)
cili api (tabur)

aturan:-

1.   potong kecil2 hati/pedal ayam atau hati lembu.  celur sebentar dan toskan.

2.   perapkan dengan bahan2 yang dikisar. dan biarkan selama 1 jam

3.   panaskan sedikit minyak dan tuang kesemua kedalam kuali/periuk dan didihkan sehingga sejat air.

4.   apabila sudah sejat skit airnya masukkan santan dan tabur cili api dan suaikan rasa...

selamat mencuba .....
ASSALAMUALAIKUM....


inilah hidangan Iftar Ramadhan yang dibuat semalam...alhamdulillah semuanya sedap belaka....
Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Komen Sekali

Tuesday, 16 August 2011

PUDING ROTI MUDAH

salam ramadhan...diam2 dah nak 17 hari kita berpuasa sekiranya diberi umur panjang sehingga waktu berbuka nnt.

disebalik tajuk resepi kita hari ini adalah stori mori nya skit supaya tak lah jadi macam buku resepi je...selak2 dah ada resepi...sungguh lurus sekali...oooo tidak mak uda kena bagi gempak skit dengan celoteh pepagi ni...
mmg PUDING ROTI ni banyak versi...ada yang disusun cantik2 dan ditabur kismis dan ada resepi baru yang dikisar halus...sedaplah juga cuma dah jadi macam bingkang rotilah plak....

kisahnya mak uda macam biasa suka bebeno layan ASTRO 703, 706(HD), 707...bab masak2 dan makan2 tapi yang obercee je lah kerana yang tempatan ni kita leh dapat dengan mudah...tapi yang obercee ni kalau makan di luar ya ampunnn mahai bebeno....padahal mudah dan murah je pun...masa mak uda dok layan 706 itulah nampak satu chef lelaki entah apa nama lupa lah plak wat PUDING ROTI ni yang sungguh mudah....macam lah kita tak tau orang lelaki kalau masak main campak2 je...hasilnya walahhhh  ok lah juga untuk yang nak cepat dan senang dan guarantee sedap....


mudah dan senang...kira anak kita pun leh diajar membuat puding ni...

PUDING ROTI MUDAH


6 keping roti putih (ikut ukuran bekas lasagna)
1 cawan susu segar/susu cair
1/2 cawan gula castor
2 biji telur B
jem strawberi/resbery/apricot (ikut suka)
2camb mentega dicairkan
garam

1.  kacau sebati telur, susu, garam dan gula castor .

2.  aturkan lapisan pertama roti tadi dalam bekas dan sapukan jem, pastikan rapat jadi kalau bekas tu oblong    
     kena bentukkan roti tu agar tak ada ruang besar diantara...

3.  tuang sedkit sebatian diatasagak2 tenggelam sahaja...ulangi sehingga habis dan penuh bekas tadi...

4.  tuang mentega yang dicairkan diatas aduanan puding

sebelum dibakar
5.  panaskan oven 180c dan bakar selama 30minit atau sehingga puding itu masak...

selamat mencuba dan semuga bertemu dilain episod....

ASSALAMUALAIKUM...
Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Komen Sekali

Monday, 15 August 2011

KEK GULA HANGUS

KEK GULA HANGUS 





Salam Ramadhan semuga puasa ini mengajar kita erti kesabaran....bulan puasa ni juga menjadikan kita lebih kreatif dalam menyediakan juadah berbuka dan bersahur cuma mak uda nak nasihatkan jangan membazir dan ikut nafsu mata....buat ikut ukuran kalau dah banyak sangat cuba2 lah sedekah kat jiran2 ke kengkawan ke....kalau tak leh hantar ... sms je atau guna fb soh diaorang amik kat umah bawa pinggan sendiri ke mangkuk sendiri ke bergantung menu apa kita nak sedekah tu...

KEK GULA HANGUS ni adalah salah satu kek kegemaran suami mak uda....agaknya sebb lembut kot atau dalam pengiraan mak uda orang lelaki mmg sukakan  kuih muih yang dikukus dan lembut sahaja agaknya diorang malas nak kunyah banyak2 atau gusi tak berapa elok.....he3

KEK GULA HANGUS ni ada juga ceritanya...dah bermacam2 resepi dari makalah dan kengkawan yang dah mak uda cuba...akhrnya dapat resepi ini dari mak di kampong....RENGGAM JOHOR....mudah dan murah dan gerenti jadi...

Untuk yang tak pernah cuba pun insyaallah menjadi dan tentu menjadi pujian dari keluarga dan ianya bagus untuk jadi pencetus semangat agar mencuba resepi yang lain pula...

untuk membuat kek ni perlukan keyakinan dan kesabaran....mak uda pun belajar juga walaupun dah berpuluh kali buat tapi masih dalam kajian agar kita tau taktik dan teknik kek ini....

Mak uda harap resepi ini dapat membantu rakan2 blog dan teman2 fb mak uda untuk menjadi lebih mahir dalam menyediakan berbagai kek dan kuih muih tradisional dan moden....boleh save budget selain dari dapat ilmu...



KEK GULA HANGUS KUKUS


Gula Hangus


1 3/4 cups gula putih
400ml air
(atau secawan air dan secawan gula)

hanguskan gula terlebih dulu dengan api sederhana sehingga bertukar warna agak gelap atau berbuih besar...terus matikan api dan tuang sedikit demi sedikit air ...perlu berhati2 kerana ia mercik...sejukkan..

1 3/4 cawan tepung gandum
200ml minyak masak/jagung
1 tin susu pekat manis (505g)
5 biji telur B
1 camt penuh soda bikarbonat (jangan terlebih kerana ianya akan memberikan rasa tidak enak)
1 1/2 camt baking powder
1 1/2 camt cream of tartar (untuk yang tidak  tahu ia adalah serbuk bukan cecair)
2 camt esen vanilla
1camt garam

Aturan

1.  Campurkan kesemua bahan diatas dan gaul rata sehingga tiada yang bergentel.

2.  Masukkan gula hangus yang telah sejuk tadi.

bahan digaul sekali

3.  Panaskan pengukus atau kalau ada kuali besar lagi mudah  atau panaskan oven 180C.

4.  Tapis dan tuang dalam loyang ukuran 9.5" x 11" atau 9" x 9".  Jika gunakan ukuran yang pertama itu akan mendapat sarang yang penuh dan jika menggunakan ukuran loyang kedua akan dapat sarang 3/4...ikut kehendak masing2.

5.  Untuk yang dikukus sila tutup dengan alluminium foil atau bungkus tudung pengukus dengan kain putih supaya wap tak menitik di atas kek nnt.

6.  Kukus lebihkurang 1.5  jam dan dibakar lebih kurang 1 jam lebih sedikit dan cucuk untuk mengetahui samada dah masak ke belum...cucuk dengan lidi jika licin maknanya sudah tanak/masak.



Mak uda harap resepi ini dapat membantu untuk sesiapa yan gemarkan KEK GULA HANGUS ataupun yang mmg gemar mencuba resepi baru dan berbagai....

SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT BERPUASA...
jumpa lagi dilain post insyaallah





Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Komen Sekali

Wednesday, 3 August 2011

MEE LAKSA GORENG HITAM

ada cerita bagaimana mak uda teringin nak wat MEE LAKSA GORENG HITAM ni....kebetulan mak uda dapat giliran kelas mengaji dirumah ... jadi mak uda pun paksa teman2 rapat bawa potluck sorang satu he3...
dari banyak2 hidangan tu Puan Hafizah Buang bawa MEE LAKSA GORENG HITAM ni...mak uda tak sempat rasa kerana maklum je lah sebagai tuan umah ...letih melayan tetamu dan teman2...lupa nak rasa...jadinya mak uda ke kedai berhampiran umah beli mee laksa yang siap dipaket bukan yang kena celur tu....beli kicap hitam, udang dan bahan2 lain....

berdebar2 juga nak tunggu komen dari anak dan suami yang 1st time makan MEE LAKSA GORENG HITAM tu....alhamdulillah....terutama anak mak uda kata lebih sedap dari kue tiaw... ke mak uda tak berapa pakar goreng kue tiaw he3.....

sebagai hidangan berbuka posa sesuai juga ditambah dengan cili api potong ngan kicap dan perahan limau....dah tak fikir sakir perut lepas tu...he3...ada aku kisah...janji tekak sedap...

udang tu tak lah berapa banyak cuma 4 ekor je sesuai dengan bilangan ahli kuarga yang nak berbuka pose cuma ber3...anak dan suami malas nak kopek kulit udang so mak uda kena habiskanlah udang tu sayang pulak....

agaknya kalau boh daging ke sotong ke ayam ke sedap agaknya....

jadi sama2lah kita mencuba resepi baru ini untuk hidangan berbuka nnt atau bila2 saja selepas ni....lagipun mak uda perhatikan mee laksa ni tahan lama...


















MEE LAKSA GORENG HITAM


1 kg mee laksa
udang ikut suka

bahan kisar
10 cili kering
3 labu bawang besar

5 ulas bawang putih dicincang

2 biji tomato dipotong dadu
se ikat kucai
taugeh
kicap manis
kicap hitam
cili sos
sos tiram

Aturan


1.   Panaskan sedikit minyak (jgn terlalu banyak kerana mee laksa ini sedikit berminyak) tumis bawang putih cincang sehingga wangi.. masukkan tomato dadu tadi dan tumis sebentar.

2.   Masukkan pula bahan kisar dan tumis sehingga naik minyak dan masukkan cili sos dan udang , kicap manis, kicap hitam dan sos tiram..

3.   Masukkan mee laksa dan daun kucai.

4.   Masukkan taugeh dan suaikan rasa..

Cili Api Kicap


5 tangkai cili api
sedikit kicap manis
sebiji limau kasturi

1.  potong cili api dan campurkan kicap manis dan perahan limau kasturi...


untuk semua teman2 blog mak uda ni jangan tak cuba... tak rugi tau...mmg sedap...
Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Komen Sekali

Monday, 1 August 2011

AYAM SEMUR

salam perkenalan....kira nak panggil mak uda je lah ye...macam anak sedara belah suami panggil akak ni...
teringat masa kecik2 dulu kira nak jumpa AYAM SEMUR setahun sekali masa hariraya je...tapi sekarang boleh buat sendiri atau boleh beli tapi kena daerah yang ramai orang JAWA tinggal.

Bulan lepas sahabat ditempat mak uda ni mengadakan kenduri doa selamat masuk rumah dan berhajat  buat NASI AMBENG jadi akak ditugaskan memasak AYAM SEMUR sebanyak 6 ekor ayam....jenuh jugalah nak memasaknya maklum jelah paling banyak mak uda pernah masak 2 ekor jer....tapi alhamdulillah berjaya lah juga...kiranya ramai lah di antara tetamu yang terdiri dari teman2 yang pertama kali makan nasi dalam dulang ni...seronoklah juga...meriah dengan tawa dan lawak jenaka....

buat dalam kuali besar...ayam potong 4 untuk NASI AMBENG 3 ekor dan yang lain potong 16 untuk NASI BERKAT... orang jawa selalunya tahu lah NASI BERKAT ni maksudnya nasi untuk dibawa balik rumah..

mmg seronok mengadakan majlis sebegini tapi memerlukan tenaga untuk rewang/potong bawang...

berharap ada peluang lagi mengadakan majlis seumpama ini lagi.

disini mak uda serta resepi SEMUR AYAM/AYAM SEMUR dan berharap semuga ada yang sudi mencuba resepi turun temurun ini...


SEMUR AYAM
1 ekor ayam potong 16 (2kg)
4 labu bawang besar
7 ulas bawang putih
2 inci halia
3 btg serai dititik
5 biji buah keras
¼ biji buah pala kering
1 camb lada hitam
Kayu manis, bunga lawang dan pelaga
1.5  camb ketumbar )
1 camt jintan manis  )di sangrai/blend halus
1 camt jinta putin      )
Kicap manis kipas udang
Asam jawa, garam
3 biji kentang potong 4 dan digoreng
Santan ( 1 paket/sebiji kelapa)
Suhun ( 1 paket kecil direndam sebentar)
Cili merah untuk hiasan

ATURAN

1.         ayam digoreng ½ masak ketepikan, kentang digoreng dan ketepikan.
2.         tumbuk/blend  bawang besar, bawang putih, halia, buah keras, buah pala dan lada hitam.
3.        panaskan minyak dan masukkan serai dan kayu manis, pelaga dan bunga lawang dan tumis sebentar     kemudian masukkan bahan yang ditumbuk tadi sehingga wangi.
4.         masukkan air asam jawa dan sedikit air serta kicap , didihkan sebentar.  Masukkan ayam dan biarkan didih lagi.
5.       masukkan santan dan didihkan sebentar dan masukkan suhun dan didihkan lagi. Jika suka berkuah lebihkan air. Tetapi biasanya ia tidak berkuah sangat.
6.         akhir sekali masukkan kentang, cili merah dan suaikan rasa

kalau suka boleh tabur cili api untuk yang suka gigt2 cili masa makan...sebab SEMUR AYAM ni tidaklah pedas dan sesuai dimakan oleh kanak2 sekalipun...


    
            beginilah rupanya NASI AMBENG cumanya keropok tu ganti rempeyek yang selalunya dihidangkan bersama dalam dulang...
            memang sedap dimakan beramai2 apalagi kalau disertakan ulaman seperti
            petai, jering....
            NASI AMBENG ni juga ada lauk sampingan mengikut majlis...
            KLUBAN atau urap ada sekiranya majlis tersebut seperti cukur jambul...


selamat mencuba semuga mendapat faedah dan bertukar citarasa dari kebiasaan....  




Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Komen Sekali