assalamualaikum....selamat hari raya dan maaf zahir dan batin sekiranya ada terkasar bahasa dan gaya penulisan... tak terlambat lagi rasa nya nak bertanyakan kabar dari kampung...tentunya semua dah kembali bekerja dan menjalan kan tugasan seperti sediakala cuma hujung minggu diselangselikan dengan acara OPEN HOUSE yang bukan saja menggembirakan malahan juga mendebarkan kerana maknanya menambahkan lagi berat badan yang dah turun masa ramadhan dulu...
untuk semua berhati2 ketika menikmati juadah bukan apa kerana dek nak jaga hati tuan umah kita yang akan menanggung derita dek kerana makan tak terhingga pulun tak terkata....
DAGING HITAM BEREMPAH atau ada juga yang panggil DAGING HITAM MAMAK ni mak uda amik dari resepi blogger lupa plak namanya tapi orang utara belah penang kira pior lah mamaknya...jadi maaflah pada tuanpunyer resepi ini coz terlupa nak amik nama....apapun minta halalkan resepi ni yer...
baru tadi mak uda masa DAGING HITAM BEREMPAH ni atas permintaan satu2nya anak lelaki mak uda dan memang sorang jer pun...
mudah dan sedap lagi2 kalau dimasak hari ini untuk dimakan esok....perghhhhh mmg setanding dengan kedai mamak kat area damasara damai tu .... he3... itu kedai pebret mak uda sekuarga lepak ngeteh dan makan nasi kandar....
sedapkan walaupun dalam gambar....
DAGING HITAM BEREMPAH
500 gm daging dipotong tipis / dadu
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
7 cili kering
1 camt jintan manis
3 camt ketumbar
4 camb kicap pekat
2 camb kicap manis
5 camb gula putih/pasir
garam secukup rasa
1 btg kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari/karapolay
asam keping
aturan
1. 2 labu bawang besar dan bawang putih dihiris nipis , cili kering dipotong dan dicuci, halia juga di potong
jintan manis dan ketumbar kesemua bahan digoreng dengan minyak sedikit sehingga wangi..kisar
halus
2. gaulkan kesemua bahan kisar dengan daging, kicap pekat, kicap cair, gula, kayu manis, bunga lawang
dan buah pelaga...tambah air sehingga tenggelam daging dan rebus naik api sederhana sehingga daging
empuk
3. setelah kuah agak pekat dan daging sudah lembut masukkan sekeping asam keping suaikan rasa..
4. panaskan sedikit minyak dalam anggaran 4camb dan tumiskan 1 labu bawang besar dimayang 2 ulas
bawang putih dan daun kari tadi sehingga wangi/garing dan tuang kedalam daging tadi dan tutup cepat2
periuk/kuali dengan tudung dan ttp api...
versi dalam piuk
sedap dimakan dengan nasi tomato, beryani, minyak dan nasi putih.....
jangan lupa ye cuba jangan asik salin resepi jer nnt kena perli dengan tok laki plak.....
WASALAM....