salam ramadhan untuk semua sahabat blog mak uda ni dan juga yang baru nak jenguk2....dah masuk 22 hari kita insyaallah berpuasa...jam dah pukul 6.15pm cuma beberapa detik lagi kita akan bersama2 berbuka puasa semuga puasa kita seharian ini diterima bukan berpuasa hanya dapat lapar dan dahaga sahaja...
kali ini mak uda nak kongsi resepi yang eksotik dan agak terkenal diutara dan pantai timur tanah air...GULAI RIAS PISANG atau pun kalau nak tahu lebih lanjut ianya adalah isi tengah pokok pisang atau ada yang panggil hati pisang....orang india jiran mak uda kata masak rias pisang ni bagus untuk pencernaan perut kita....apapun dulunya mak uda tak reti makan tapi sejak beli di bazar ramadhan tahun lepas dah jatuh cintun plak rasanya dengan GULAI RIAS PISANG ni....
mungkin di pantai timur lain caranya tapi ini mak uda belajar dari teman2 ...terimakasih pada WAN NORHAFIZA kerana menunjuk ajar gulai istimewa ini.....jasamu tetap ku kenang tiapkali mak uda buat GULAI RIAS PISANG ni....
inilah rupa RIAS PISANG...cuma amik bahagian yang lembut sahaja
dan dipotong anggaran 1/2 inci supaya tak hancur tika dimasak nnt
GULAI RIAS PISANG ni terkenal untuk jamuan kenduri kawin...
potong kecil dan rendam dalam air untuk memudahkan ditarik benang....RIAS PISANG ni ada benang2 halus ini kena dibuang dahulu ... tarik je. .. atau jiran mak uda gunakan lidi satay dalam 3 btg dan pusingkan dalam besen rias pisang tu...lekatlah juga benang...memang leceh skit nak menyediakan GULAI RIAS PISANG ni tapi itu lah kalau dah namanya eksotik begitulah susahnya nak menyediakannya...tapi rasa dan hasilnya tidak mengecewakan....
GULAI RIAS PISANG
1kg daging tetel (direbus dan dipotong kecil)
1 btg rias pisang dipotong dan dibuang benang
1/2 cawan kacang dal lembut (direbus empuk)
(dhal lembut ni mudah empuk - mak uda beli kat kedai india)
5camb rempah kari daging
1 camb serbuk cili/cili kisar
3 labu bawang besar kisar
10 ulas bawang putih
(6 kisar 4 mayang )
2 inci halia
2btg kayu manis sederhana besar
3 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga
2 biji tomato
2 tangkai daun kari
5 biji buah keras dikisar
2 paket santan pekat
3 keping asam/air asam jawa
aturan
1. rebus empuk tetel dan potong kecil2 ketepikan. Mayang 1 biji bawang besar dan 4 ulas bawang putih
potong dadu tomato.
2. panaskan minyak dan tumiskan kayu manis, bunga lawang dan pelaga kemudian masukkan bawang merah
dan bawang putih yang dimayang juga tomato yang didadu sekali dengan daun kari tadi.
3. apabila telah wangi baunya masukkan pula bahan yang dikisar tadi dan tumis sehingga kekuningan..
masukkan pula rempah kari dan serbuk cili..
4. apabila dah naik minyak masukkan tetel, dhal yang direbus tadi dan sedikit air ..didih sebentar dan masuk
pula rias pisang tadi yang telah dicuci dan tos...didihkan dan masukkan santan dan asam keping.
5. suaikan rasa...
mak uda berharap resepi kali ini dapat menambahkan koleksi masakan semua teman2 dan pelawat2 blog mak uda ni....selamat mencuba
ASSALAMUALAIKUM
No comments:
Post a Comment