رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ
(Al-A'raf : 126)
|
ASSALAMUALAIKUM...
salam hari minggu...tak nak masak bagai2 hari ini cuma yang ringkas tapi mmg menyelerakan... ini resepi zaman dulu2... arwah bapak kata resepi zaman jepun...he3... teringat arwah AL FATIHAH... rindu kat dia sangat2... sayang bapak!!!
ng
sambal taucu ni kalau dilawankan ngan pucuk ubi rebus mmg kena...pas tu goreng ikan kembung..tak yah lauk bagai dah cukup tu...tapi kalau ada anak kecil kenalah goreng dan buat lauk lain.
mmg menyelerakan apalagi kalau dah lepas2 open house sana sini...
bahan-bahannya
10 cili api merah/hijau
2 cili merah
1 cili hijau besar
1 labu bawang besar
sedikit ikan bilis
1/2 inci halia
1 camb taucu
air asam jawa
gula
aturan
hiris bawang, cili api, cili merah, halia dan cili hijau....ketepikan.
panaskan sedikit minyak dan goreng ikan bilis hingga garing ketepikan
masukkan pula bawang dan tumis sehingga layu skit kemudian masukkan semua jenis cili... tumis sekejap dan masukkan taucu tadi dan akhir sekali air asam jawa dan gula sebagai perasa. garam tak payah kerana taucu dah cukup masin tapi kalau basuh taucu tu boleh lah boh garam skit.
seeloknya kuahnya pekat skit.
celur pucuk ubi bersama skit garam....
siap untuk dihidang
mencuba dan menjamu selera
ILMU INI ILMU ALLAH TIDAK ADA NILAI JUAL BELI