Wednesday, 13 February 2013

LEMAK CILIAPI TELOR ITIK DENGAN PERIA DAN BELIMBING BULOH

Assalamualaikum...
sudah lama sangat makuda tak bersiaran dek kerana sibuk dengan xtvt setempat dan juga xtvt keluarga... banyak resepi yang tertinggal dan mak uda dah mulakan bisnes baru iaitu Mangkuk Tingkat Che Det,,, bukan nak kaya nak test power je...
nak juga share ngan kawan2 resepi2 yang selalu dilupakan... mak uda lebih bagi tumpuan pada resepi lama atau lauk kampung itu pun cadangan dari rakan2 yang mmg selalu teringin nak masak tapi tak ada lawan nak makan ...

hari ini mak uda share resepi LEMAK CILI API TELOR ITIK bersama rampai PERIA/BELIMBING BULOH... nak jadi cerita bukan nak tamak boh 2 rampai sekali tapi belimbing buloh tak banyak so mak uda  boh lah peria... sedaplah jugak...


8 telor itik
15 cili api merah
3 inci kunyit hidup
1 peria sederhana besar
10 belimbing buloh
3 serai diketuk
3 asam keping
3 helai daun limau purut
1/2 kg santan
garam gula

1. kisar cili api dan kunyit hidup ...masukkan serai yang diketuk kedalam periuk masak sehingga gelegak. .. pecahkan telor sebiji2 dan tutup periuk bagi mengelegak.
2. masukkan asam keping dan daun limau purut
3. biarkan gelegak dahulu kemudian masukkan peria yang telah dipotong2 dan direndam sebentar dalam air garam untuk mengurangkan pahitnya.
4. masukkan santan dan kacau supaya tidak pecah minyak.  masukkan garam dan suaikan rasanya


semuga mendapat manafaat... selamat mencuba


Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Komen Sekali