hari ini 20 ramadhan mak uda ingin berkongsi satu lagi resepi yang menjadi kegemaran keluarga mak uda tapi bukan suami sebab dia orang utara jadi kurang pengalaman makan sambal jenis begini....tapi lately dia makan lah juga kerana dah lebih 20 tahun usia perkahwinan entah berapa ratus kali mak uda dah buat....
SAMBAL LONTEH ni adalah antara sambal orang JAWA...selalunya boleh juga dimakan dengan JEWER2 atau anak mak uda masa kecik panggil TETE TUWE....maklum je lah budak umur 5 tahun pelat lagi ....
kalau di lawan dengan masak lemak putih pucuk ubi atau kobis ke petola/gambas (org jawa panggil) pun sodap....ada plak ikan gelama masin...perghhhhh....memang boleh buat makan nasi berpinggan2...
agak2 dah berjela membebel so mak uda perturunkan ilmu/resepi untuk panduan semua semuga bertambah ilmu memasak kawan2 dan pelawat2 blog ini....
SAMBAL LONTEH
3 tangkai cili merah
6 cili api hijau /merah
sejemput ikan bilis
1/2 biji bawang besar
1 limau kasturi
sikit gula
aturan...
1. panaskan minyak dan goreng ikan bilis ketepikan. goreng pula bawang besar tadi dipotong sikit supaya
mudah ditumbuk nanti.
2. goreng pula cili merah dan cili api...tudung kuali takut meletup...tutup api dan toskan.
3. tumbuk kesemua kecuali limau kasturi
4. hidang dan curahkan air asam limau kasturi...
semuga semua mendapat manafaat....
ASSALAMULAIKUM.....
No comments:
Post a Comment