Monday, 17 September 2012

RAYA RAYA RAYA

ASSALAMUALAIKUM...

dah sebulan kita berhariraya tapi macam dah jadi trend plak wat OPEN HOUSE sampai lepas hariraya pun masih lagi celebrate... tak kiralah dimana2 sekalipun khemah sana sini... asap sana sini... bau sedap sana sini...kalau dulu nak makan ketupat dan rendang setahun sekali tapi sekarang nak makan hari2 pun ada ...
dah tak jadi benda yang ditunggu2 plak kan...
apapun mmg dah jadi kebiasaan kita sekarang ni...

mak uda pun sibuk ngan OPEN HOUSE...dirumah rakan di rumah saudara ... macam2 jenis makanan dihidangkan dari tradisional sehinggalah ke western...
rendang ketupat laksa penang laksa johor nasi dagang spagetti nasi tomato semua nya ada dan masa ni lah rasanya ramai yang berbakat memasak rupanya...

agaknya hasil dari menyediakan juadah berbuka puasa masa ramadhan dulu...

hari ini mak uda ada majlis yang orang jawa panggil BANCAAN ..walaupun bunyinya kecil cuma small gadering ngan ahli keluarga sahaja tapi perjalanan majlis tu yang penting...

mak uda kena menyediakan juadah NASI AMBENG dan bawa ke rumah adk di shah alam untuk majlis AMBENG tu... mak dan kakak dari jb datang, abang dan keluarga datang dari Melaka, sepupu datang dari segamat dan kajang...


hajat adik mak uda nak wat ambeng sebanyak 6 unit/talam dengan sekor ayam/engkong... tapi mak uda goreng berempah je ayam.. dan buat 2 ekor untuk ayam semur...


nak wat NASI AMBENG ni 3 hari punya kerja... dari list down barang2 nak dibeli hingga ke pembelian dan  akhirnya hari masak...dari hari ahad dah wat preparation ngan kupas bawang, sediakan tempat dan bekas nak memasak dan tempat nak isi makanan... siap dulang yang dipinjam dari MASJID CAHAYA IMAN BCH... terimakasih kerana sudi pinjamkan dulang... siap mak tanya mana dapat dulang jenis ni cantik... nantilah kalau ada rezeki nak gak mak uda belikan untuk mak... bunyi nak lah tu...

di antara juadah2 yang disedikan oleh mak uda sepagian adalah AYAM SEMUR, MEE DAN MEE HOON AMBENG, TEMPE GORENG BEREMPAH, IKAN MASIN, AYAM GOLEK GORENG 6 EKOR, SAMBAL GORENG JAWA DAN SERUNDING ( kawan yang tolong buat, TQ hafiza buang)


sebelum majlis macam biasa mak mesti wat YASINAN iaitu bacaan YASIN dan TAHLIL RINGKAS...


selepas itu barulah MAKANNNNN.....BISSMILLAHIROHMANNIRROHIM....
SEMUGA DIBERKATI MAJLIS INI....


walaupun sekecilmana dan sebesar mana pun majlis yang diadakan yang penting adalah keikhlasan dalam menghadiri majlis tersebut... bukan juadah mewah yang dipinta tapi ukwah tu yang lebih utama

semuga adat dan kebiasaan yang begini dapat diteruskan dan dikongsi bersama generasi akan datang...

SALAM UKWAH DAN SEMUGA KETEMU DILAIN NUKILAN....
Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Komen Sekali

No comments:

Post a Comment