Wednesday, 20 June 2012

KEK PISANG MUDAH

pisang mak bawak....
dah ranum sayang nak lempar ... mmg nak jadi cerita...aku gi ke pasar tani saja2 nak beli apa2 yang patut coz malas nak masak...mula2 tu teringin nak makan botok2 atau kawan2 di sini suka bebenor panggil botox2 he3...kira bahan wat awet muda (dah lambat kot)


mmg ilmu ni tak kenal batas masa...
kakak yang jual barang kampong ni masa aku beli ulam kat dia sempat tanya kerana masa tu aku nak cari pisang emas (suami pesan soh beli) tapi akak tu bagus punya dok simpan semua pisang katanya ada orang oder (bakery) pisang yang ranum...siap tanya i suka wat kek ke...dia nak ajar wat kek pisang mudah dan gerenti plak akak ni kata mesti jadi dan sedap...


MEMANG SEDAPPPP LEMBUT LEMAK....


ada yang aku tambah bahan tidaklah 100% resepi akak tu ada campurtangan idea aku gak




oklah dah tulis banyak2 sgt makanya diturunkan ilmunya


(mangkuk tupperware - 400ml/1 3/4 cups)
1 mangkuk pisang lecek/blender (emas/rastali)
(i guna pisang abu yang mak bagi je)
1 mangkuk tepung gandum
1/2 mangkuk minyak masak
3 telor grade A
1/4 mangkuk susu pekat manis
3/4 mangkuk gula pasir
1 camt esen vanilla
1 camt soda bikarbonate
1 camt cream of tartar
1 camt ovellete
1 camt garam halus


kisar halus pisang dan campur minyak masak, telor dan kisar lagi kemudian masukkan tepung gandum,susu pekat manis gula pasir
masukkan semua esen vanilla, soda bikarbonate, cream of tartar, ovellete dan garam
tuang dalam loyang bulat 9" atau 9.5" empat segi...


bakar 180c 1 setengah jam atau sehingga masak.
boleh juga di kukus selama 1 setengah jam juga atau sehingga masak tapi tutup dengan alluminium foil supaya tak masuk wap..




yang ni dah tinggal sekerat...potong untuk majlis rewang botok2 rumah teman ... dan hari ini tinggal suku je bagi kat biras datang antar kurma dan air zam2 dia baru balik umrah...


apapun selamat mencuba...


kalau tidak gagal mana nak tahu erti kejayaan....
Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Komen Sekali

No comments:

Post a Comment