Thursday 20 September 2012

PUDING ROTI MARBLE


Doa Kebahagian Dunia & Akhirat
 


رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka"
(Al-Baqarah : 201)

 


Assalamualaikum...
semuga semua nya sihat sejahtera... mak uda baru balik dari mesyuarat bulanan biro muslimah masjid.. hari ini mak uda cuba resepi baru...PUDING ROTI MARBLE


cantek sangat jalur2 dia... walaupun pada hakikatnya mak uda tak suka makan puding2 ni coz manis dan bersusu...tapi mmg dah minat nak mencuba...

mak uda bawa ke mesyuarat tadi untuk dimakan bersama2 ajk .. rasa puas dapat menggembirakan hati orang lain.  habis juga sebekas... muzani anak mak uda pun suka jugak...katanya sedap...he3...terimakasih kerana memberikan credit pada hasil pertama mama dia.


BAHAN-BAHAN

4 KEPING ROTI
2 BIJI TELOR
1/2 CAWAN SUSU PEKAT MANIS
170 ML SUSU CAIR (mak uda guna santan kotak)
10 GM SERBUK AGAR-AGAR (dalam resepi 8gm)
1/2 CAWAN GULA PASIR
2 CAMB MENTEGA (cairkan)
3 1/2 CAWAN AIR
2 CAMB SERBUK KOKO (choc emulco)
PEWARNA OREN
GARAM DAN ESEN VANILA (mak uda tambah sendiri)

ATURAN

1.  didihkan 3 cawan air, serbuk agar-agar dan gula dalam periuk sehingga mendidih

2.  blend roti, telor, susu pekat, santan dan air 1/2 cawan (baki air 3 1/2cawan)

3.  kemudian masukkan dalam periuk agar-agar tadi dah didihkan sebentar dan masukkan butter dan kacau
     sampai rata dan didih sedikit.

4.  bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan dengan warna pilihan.  Kacau cepat2 supaya sebati dan  
     tidak berketul-ketul.

5.  Tuang kedalam loyang secara berselang seli.  cepat2 supaya tidak beku.

6.  boleh disejukkan dalam fridge.


sgt cantik...laen kali mak uda nak boh dalam bekas kecik kemetot.. pas tu masa hidang letak satu2 sure nampak lagi jelitawan...

apapun selamat mencuba dan tidak lupa nak ucapkan terimakasih pada yang empunye resepi yang mak uda lupa amek dari blog mana...

ILMU INI ILMU ALLAH JADI TIDAK ADA NILAI JUAL BELI
Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Komen Sekali

No comments:

Post a Comment