Thursday 20 September 2012

HOMEMADE BURGER


Doa Kebahagian Dunia & Akhirat


رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka"
(Al-Baqarah : 201)


Assalamualaikum

semuga hari ini sihat sejahtera dan dalam lindungan ALLAH SUBHANAHUWATAALAH.


Entri hari ini HOMEMADE BURGER  dapat resepi dari buku masakan yang dihadiahkan oleh kakak .. siap tulis tu "untuk adik ku semuga rajin2 memasak" he3... kelakar lah plak kata2 perangsang dari dia.. apapun terimakasih kerana menghadiahkan buka masakan dari salah sorang chef wanita terkenal di Malaysia ni.
Anak mak uda yang beria2 benar soh share resepi ni... mak uda ajar dia kerana nampaknya minatnya pada bidang culinary ni boleh tahan lah jugak... berangan nak jadi CHEF bila dewasa nnt.. tak pe lah apapun bidang yang diceburi harapan agar dia berjaya dunia dan akhirat.

dia buat sendiri tu... cuma burger nya yang mak uda buat...seterusnya disudahkannya..dapat dalam 6
 - 8 ketul burger gak dengan 400 gm daging cincang beli disupermarket .. beli yang kisar fresh tu bukan dalam roll.. lebih juicy dan sedap.  kalau nak mudah beli banyak dan buat lebih skit leh dibekukan dalam bekas kecil2 jadi tak yah nak bersusahpayah lagi.. bila rasa nak makan burger dah ada daging siap ...


BAHAN-BAHAN
6-8 keping burger saiz sedang

400 gm daging cincang (beli yang fresh lebih sedap)
110 gm serbuk roti (dalam 2 genggam penoh)
1 biji bawang besar cincang
2 ulas bawang putih cincang
1 biji telor
1/2 camb kicap manis
serbuk lada hitam dan garam
1 camb rempah pizza ( mak uda tambah sendiri)

roti burger
salad
cheese
butter spread
mayo
tomato

masukkan semua bahan, gaul rata dan bulatkan dan simpan dalam petisejuk dalam 1 2 jam sebelum dimasak.
panaskan sedikit butter atau minyak masak dan leper2kan burger tadi 
masak api kecil sehingga masak..jgn terlalu garing kerana sebenarnya tak perlu lama sgt pun.  ketepikan untuk penyediaan roti dan bahan salad.
dengan kuali / pan tadi gunakan untuk membakar sedikit roti burger yang telah disapu sedikit butter.
buat lah burger tu macam biasa ngan lapisan cheese dan salad dan daging burger tadi dan perasakan dengan mayo dan sos cili serta sedikit mustard.  


selamat mencuba... mmg sedap dan juicy sekali... 

ILMU INI ILMU ALLAH DAN TIDAK ADA NILAI JUAL BELI..







Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Komen Sekali

No comments:

Post a Comment