Wednesday 26 September 2012

KICAP KENTANG MBAH DALI



Doa diberikan Rahmat & Petunjuk


رَبَّنَا ءَاتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami"
(Al-Kahfi : 10


Assalamualaikum...
semuga semuanya sihat sejahtera dan dirahmati dan diberkati senantiasa...



hari ini mmg letih sungguh so mak uda masak yang paling simple tapi mmg sedap cumanya tak leh masak selalu2 nnt hilang keistimewaannya.  teringat dulu arwah mbah suka bebenor hidangan ni maklumlah orang kampung mana ada masa masak bagai2 balik dari kebun... lebih2 lagi dihidang ngan nasi panas berasap dan teh o suam..... sebab tu orang dulu2 kuat walaupun dan berumur... arwah mbah meninggal pun dalam usia yang tua 80an.

semua orang tahu wat kicap kentang ni cuma kekadang terlupa resepi lama yang ringkas ... kawan i kata masakan orang sakit ngan orang dalam pantang... emmm tak pe lah asal tekak kita setuju....


mak uda share je lah resepi dia...recall memory ...

bahan-bahan

1 biji kentang sederhana besar
1 labu bawang besar dimayang
10 cili api hijau dan merah dihiris dua
ikan bilis (mak uda tak letak)
kicap manis (habhal pebret mak uda)

Aturan

kupas kentan dan hiris memanjang dan goreng sehingga agak garing ketepikan.
jika nak boh bilis goreng garing dan ketepikan... kuarkan myk dan tinggalkan sikit untuk menumis
goreng bawang besar dan cili api sekali gus ... masuk pula kentang dan ikan bilis...
tuang kicap dalam 3camb dan terus menggoreng api kecil sehingga kicap balut kentang...
siap untuk dihidang dengan nasi panas...


resepi ni sebenarnya tak yah dah lauk2 laen dan cukup lagi2 kalau tak cukup masa dan sesuai untuk bersahur juga.

selamat mencuba...Senang Mudah Sedap S.M.S

ILMU INI ILMU ALLAH TIDAK ADA NILAI JUAL BELI




Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Komen Sekali

Friday 21 September 2012

SAMBAL TAUCU NGAN PUCUK UBI REBUS



رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)"
(Al-A'raf : 126)

 


ASSALAMUALAIKUM...

salam hari minggu...tak nak masak bagai2 hari ini cuma yang ringkas tapi mmg menyelerakan... ini resepi zaman dulu2... arwah bapak kata resepi zaman jepun...he3... teringat arwah AL FATIHAH... rindu kat dia sangat2... sayang bapak!!!
ng
sambal taucu ni kalau dilawankan ngan pucuk ubi rebus mmg kena...pas tu goreng ikan kembung..tak yah lauk bagai dah cukup tu...tapi kalau ada anak kecil kenalah goreng dan buat lauk lain.


mmg menyelerakan apalagi kalau dah lepas2 open house sana sini...

bahan-bahannya

10 cili api merah/hijau
2 cili merah
1 cili hijau besar
1 labu bawang besar
sedikit ikan bilis
1/2 inci halia
1 camb taucu
air asam jawa
gula

aturan

hiris bawang, cili api, cili merah, halia dan cili hijau....ketepikan.
panaskan sedikit minyak dan goreng ikan bilis hingga garing ketepikan
masukkan pula bawang dan tumis sehingga layu skit kemudian masukkan semua jenis cili... tumis sekejap dan masukkan taucu tadi dan akhir sekali air asam jawa dan gula sebagai perasa.  garam tak payah kerana taucu dah cukup masin tapi kalau basuh taucu tu boleh lah boh garam skit.

seeloknya kuahnya pekat skit.

celur pucuk ubi bersama skit garam....
siap untuk dihidang


mencuba dan menjamu selera

ILMU INI ILMU ALLAH TIDAK ADA NILAI JUAL BELI
Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Komen Sekali

Thursday 20 September 2012

HOMEMADE BURGER


Doa Kebahagian Dunia & Akhirat


رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka"
(Al-Baqarah : 201)


Assalamualaikum

semuga hari ini sihat sejahtera dan dalam lindungan ALLAH SUBHANAHUWATAALAH.


Entri hari ini HOMEMADE BURGER  dapat resepi dari buku masakan yang dihadiahkan oleh kakak .. siap tulis tu "untuk adik ku semuga rajin2 memasak" he3... kelakar lah plak kata2 perangsang dari dia.. apapun terimakasih kerana menghadiahkan buka masakan dari salah sorang chef wanita terkenal di Malaysia ni.
Anak mak uda yang beria2 benar soh share resepi ni... mak uda ajar dia kerana nampaknya minatnya pada bidang culinary ni boleh tahan lah jugak... berangan nak jadi CHEF bila dewasa nnt.. tak pe lah apapun bidang yang diceburi harapan agar dia berjaya dunia dan akhirat.

dia buat sendiri tu... cuma burger nya yang mak uda buat...seterusnya disudahkannya..dapat dalam 6
 - 8 ketul burger gak dengan 400 gm daging cincang beli disupermarket .. beli yang kisar fresh tu bukan dalam roll.. lebih juicy dan sedap.  kalau nak mudah beli banyak dan buat lebih skit leh dibekukan dalam bekas kecil2 jadi tak yah nak bersusahpayah lagi.. bila rasa nak makan burger dah ada daging siap ...


BAHAN-BAHAN
6-8 keping burger saiz sedang

400 gm daging cincang (beli yang fresh lebih sedap)
110 gm serbuk roti (dalam 2 genggam penoh)
1 biji bawang besar cincang
2 ulas bawang putih cincang
1 biji telor
1/2 camb kicap manis
serbuk lada hitam dan garam
1 camb rempah pizza ( mak uda tambah sendiri)

roti burger
salad
cheese
butter spread
mayo
tomato

masukkan semua bahan, gaul rata dan bulatkan dan simpan dalam petisejuk dalam 1 2 jam sebelum dimasak.
panaskan sedikit butter atau minyak masak dan leper2kan burger tadi 
masak api kecil sehingga masak..jgn terlalu garing kerana sebenarnya tak perlu lama sgt pun.  ketepikan untuk penyediaan roti dan bahan salad.
dengan kuali / pan tadi gunakan untuk membakar sedikit roti burger yang telah disapu sedikit butter.
buat lah burger tu macam biasa ngan lapisan cheese dan salad dan daging burger tadi dan perasakan dengan mayo dan sos cili serta sedikit mustard.  


selamat mencuba... mmg sedap dan juicy sekali... 

ILMU INI ILMU ALLAH DAN TIDAK ADA NILAI JUAL BELI..







Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Komen Sekali

PUDING ROTI MARBLE


Doa Kebahagian Dunia & Akhirat
 


رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka"
(Al-Baqarah : 201)

 


Assalamualaikum...
semuga semua nya sihat sejahtera... mak uda baru balik dari mesyuarat bulanan biro muslimah masjid.. hari ini mak uda cuba resepi baru...PUDING ROTI MARBLE


cantek sangat jalur2 dia... walaupun pada hakikatnya mak uda tak suka makan puding2 ni coz manis dan bersusu...tapi mmg dah minat nak mencuba...

mak uda bawa ke mesyuarat tadi untuk dimakan bersama2 ajk .. rasa puas dapat menggembirakan hati orang lain.  habis juga sebekas... muzani anak mak uda pun suka jugak...katanya sedap...he3...terimakasih kerana memberikan credit pada hasil pertama mama dia.


BAHAN-BAHAN

4 KEPING ROTI
2 BIJI TELOR
1/2 CAWAN SUSU PEKAT MANIS
170 ML SUSU CAIR (mak uda guna santan kotak)
10 GM SERBUK AGAR-AGAR (dalam resepi 8gm)
1/2 CAWAN GULA PASIR
2 CAMB MENTEGA (cairkan)
3 1/2 CAWAN AIR
2 CAMB SERBUK KOKO (choc emulco)
PEWARNA OREN
GARAM DAN ESEN VANILA (mak uda tambah sendiri)

ATURAN

1.  didihkan 3 cawan air, serbuk agar-agar dan gula dalam periuk sehingga mendidih

2.  blend roti, telor, susu pekat, santan dan air 1/2 cawan (baki air 3 1/2cawan)

3.  kemudian masukkan dalam periuk agar-agar tadi dah didihkan sebentar dan masukkan butter dan kacau
     sampai rata dan didih sedikit.

4.  bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan dengan warna pilihan.  Kacau cepat2 supaya sebati dan  
     tidak berketul-ketul.

5.  Tuang kedalam loyang secara berselang seli.  cepat2 supaya tidak beku.

6.  boleh disejukkan dalam fridge.


sgt cantik...laen kali mak uda nak boh dalam bekas kecik kemetot.. pas tu masa hidang letak satu2 sure nampak lagi jelitawan...

apapun selamat mencuba dan tidak lupa nak ucapkan terimakasih pada yang empunye resepi yang mak uda lupa amek dari blog mana...

ILMU INI ILMU ALLAH JADI TIDAK ADA NILAI JUAL BELI
Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Komen Sekali

Monday 17 September 2012

RAYA RAYA RAYA

ASSALAMUALAIKUM...

dah sebulan kita berhariraya tapi macam dah jadi trend plak wat OPEN HOUSE sampai lepas hariraya pun masih lagi celebrate... tak kiralah dimana2 sekalipun khemah sana sini... asap sana sini... bau sedap sana sini...kalau dulu nak makan ketupat dan rendang setahun sekali tapi sekarang nak makan hari2 pun ada ...
dah tak jadi benda yang ditunggu2 plak kan...
apapun mmg dah jadi kebiasaan kita sekarang ni...

mak uda pun sibuk ngan OPEN HOUSE...dirumah rakan di rumah saudara ... macam2 jenis makanan dihidangkan dari tradisional sehinggalah ke western...
rendang ketupat laksa penang laksa johor nasi dagang spagetti nasi tomato semua nya ada dan masa ni lah rasanya ramai yang berbakat memasak rupanya...

agaknya hasil dari menyediakan juadah berbuka puasa masa ramadhan dulu...

hari ini mak uda ada majlis yang orang jawa panggil BANCAAN ..walaupun bunyinya kecil cuma small gadering ngan ahli keluarga sahaja tapi perjalanan majlis tu yang penting...

mak uda kena menyediakan juadah NASI AMBENG dan bawa ke rumah adk di shah alam untuk majlis AMBENG tu... mak dan kakak dari jb datang, abang dan keluarga datang dari Melaka, sepupu datang dari segamat dan kajang...


hajat adik mak uda nak wat ambeng sebanyak 6 unit/talam dengan sekor ayam/engkong... tapi mak uda goreng berempah je ayam.. dan buat 2 ekor untuk ayam semur...


nak wat NASI AMBENG ni 3 hari punya kerja... dari list down barang2 nak dibeli hingga ke pembelian dan  akhirnya hari masak...dari hari ahad dah wat preparation ngan kupas bawang, sediakan tempat dan bekas nak memasak dan tempat nak isi makanan... siap dulang yang dipinjam dari MASJID CAHAYA IMAN BCH... terimakasih kerana sudi pinjamkan dulang... siap mak tanya mana dapat dulang jenis ni cantik... nantilah kalau ada rezeki nak gak mak uda belikan untuk mak... bunyi nak lah tu...

di antara juadah2 yang disedikan oleh mak uda sepagian adalah AYAM SEMUR, MEE DAN MEE HOON AMBENG, TEMPE GORENG BEREMPAH, IKAN MASIN, AYAM GOLEK GORENG 6 EKOR, SAMBAL GORENG JAWA DAN SERUNDING ( kawan yang tolong buat, TQ hafiza buang)


sebelum majlis macam biasa mak mesti wat YASINAN iaitu bacaan YASIN dan TAHLIL RINGKAS...


selepas itu barulah MAKANNNNN.....BISSMILLAHIROHMANNIRROHIM....
SEMUGA DIBERKATI MAJLIS INI....


walaupun sekecilmana dan sebesar mana pun majlis yang diadakan yang penting adalah keikhlasan dalam menghadiri majlis tersebut... bukan juadah mewah yang dipinta tapi ukwah tu yang lebih utama

semuga adat dan kebiasaan yang begini dapat diteruskan dan dikongsi bersama generasi akan datang...

SALAM UKWAH DAN SEMUGA KETEMU DILAIN NUKILAN....
Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Komen Sekali

Sunday 9 September 2012

SUP AYAM / KAMBING

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN


tak terlambat rasanya untuk mengucapkan selamthariraya maafzahirbatin kepada semua rakan-rakan dan pengunjung2 setia WAJANBAWON yang tidak jemu2 bertandang ke blog mak uda ni.

rasanya dah lama tak share resepi2 untuk teman2 semua sibuk dengan xtvt MASJID pada bulan ramadhan lalu sehingga tidak ada masa untuk melayan WAJANBAWON.  namun mak uda ttp ingat dan sentiasa check ada lagi ke peminat ... he3...

alhamdulillah... setakat ni masih ada yang sayang..

bulan SYAWAL ni tentu ramai yang buat open house dan gi open house ... makan2 sana sini dan dah naik kg lah plak... mak uda pun tak ketinggalan juga dengan open house sana sini dan di sini plak ada fenomena baru kita sama2 wat BARAAN (loghat Jawa Johor) iaitu mengunjungi jiran2 setempat/kampung secara beramai2 dengan MARHABAN dan DOA SYAWAL...mmg terasa kemeriahan SYAWAL kali ini walaupun kami bermula dengan grup yang kecil untuk permulaan nak trial and error lah dulu sebelum kalau ada umor panjang InsyaAllah tahun depan kita war2kan pada grup yang lebih besar untuk mengeratkan UKWAH kerana masing2 dah jauh dari keluarga... jiran adalah keluarga kita yang paling hampir dan rapat...

jadinya bila tiba giliran mak uda makanya cadang nak wat NASI DAGANG TRENGGANU walaupun mak uda orang johor tapi dek minat masak dan mencuba resepi baru makanya mak uda pun cubalah wat untuk kali ke 3 dan alhamdulillah berjaya tapi bukan resepi NASI DAGANG tu yang nak di share tapi SUP AYAM KAMPUNG/TUA/KAMBING MAMAK...
nasi dagang tu buat jugak tapi untuk jamuan rumah kawan kerana ada majlis harijadi anak sulong so makan nasi dagang disana kat rumah mak uda makan roti arab ngan sup ayam je...


   
mmg sedap dimakan ngan roti benggali/batang/buku atau roti arab... pekat kuahnya lagi lama dipanaskan lagi umppppp....


1 EKOR AYAM TUA/KAMPONG/KAMBING (IKG)
5 BAWANG BESAR
SEGENGAM BAWANG PUTIH
3 INCI HALIA
2CAMB LADA HITAM
1 CAMB KASKAS
3 KAYU MANIS
7 PELAGA
3 LAWANG
5 BUAH KERAS
5 ASAM KEPING (IKUT KEMASAMAN)/ AIR LIMAU NIPIS KEMUDIAN
TEPUNG GANDUM (PEKATKAN KUAH)

1. REBUS DULU AYAM TUA DAN BUANG AIRNYA (TAK PERLU EMPUK) KALAU KAMBING PULA REBUS NGAN DAUN PANDAN DAN HALIA KETUK DALAM 5 INCI DAN AIR NYA SIMPAN UNTUK SUP.

2. KISAR BAWANG BESAR, PUTIH DAN HALIA...RENDAM LADA HITAM, KASKAS, KAYU MANIS, PELAGA, LAWANG DAN BUAH KERAS DALAM 1/2JAM TUMBUK KASAR DAN MASUKKAN DALAM BLENDER YANG BERISI NGAN BAHAN KISAR TADI DAN KISAR LAGI UNTUK MENGHALUSKANNYA.

3. REBUS NAIK JE SEMUA BAHAN SEHINGGA MENGGELEGAK DAN MASUKKAN AYAM/KAMBING DAN REBUS SEHINGGA EMPUK. TAMBAH ASAM KEPING, GARAM DAN SKIT GULA.

4. UNTUK MEMEKATKAN KUAH BANCUH SKIT TEPUNG GANDUM DALAM 2CAMB DENGAN AIR MASAK DAN TUANG DALAM SUP DAN KACAU...KEPEKATAN BERGANTUNG BERAPA BANYAK AIR SUP...KALAU KURANG PEKAT SEPERTI KEHENDAK BANCUH LAGI TEPUNG GANDUM.

HIDANGKAN DENGAN TABURAN BAWANG GORENG DAN DAUN BAWANG...SELAMAT MENCUBA


SELAMAT MENCUBA SEMUA DAN SEMUGA RESEPI KALI INI DAPAT MEMBERIKAN IDEA UNTUK KELAINAN DALAM HIDANGAN SEMPENA JAMUAN HARIRAYA... RINGAN DAN MUDAH DISEDIAKAN...

kalau ada yang telah berjaya mencuba silalah memberikan komen agar dapat diperbaiki dimana2....dan dimasa2 akan datang.


Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Komen Sekali

Monday 20 August 2012

DAGING DENDENG EIDUL FITRI

SALAM EIDUL FITRI MAAF ZAHIR BATIN...

tahun ni raya di kulim kedah...balik lepas berbuka hari jumaat...sampai di kulim kul 12.30am trus pekena nasi kandaq...pebret chedet dan muzani...

tahun ini ada anak sedara tumpang balik kampung kebetulan dia skolah di SDAR so naik komuter ke umah terus bermalam 2 hari sebelum bertolak balik kulim...

walaupun ada yang tak balik kulim namun kemeriahan ttp terasa...1st hari raya selain dari juadah wajib kami sesama ipar duai buat NASI DAGANG TERRENGGANU walaupun akak bukan orang ganu namun dek ada GOOGLE leh lah godek2 wat...dah 2x...alhamdullilah...sedap lah juga...

tapi ini hanya rentetan dari DAGING DENDENG akak yang mendapat sambutan luarbiasa dari anak sedara dan ipar duai juga tetamu yang dok ditempat yang sama tapi beraya di kampung yang berdekatan berkunjung so permintaan dari ramai makanya akak cubalah share resepi ni untuk direalisasikan bersama...

sesuai gak dimakan ngan apa saja...nasi dagang, nasi daging, nasi baryani, nasi minyak bahkan nasi putih pun ok...




daging dendeng

1 kg daging
150g bawang merah kisar
50 g bawang putih kisar
50 g halia kisar
200 g serai kisar
200 g cili kering 
5 keping asam keping
30ml kicap manis
gula garam
10 g jintan manis)
10 g jintan putih)disangrai/goreng tanpa minyak
40 g ketumbar    ) 

1. rebus daging, hiris nipis dan goreng 1/2 kering
2. cili kering di goreng dengan sedikit minyak dan dikisar halus
   jintan manis, putih dan ketumbar dikisar halus 
3. tumis bahan kisar sehingga wangi masukkan cili kering kisar      
   asam keping
4. masukkan kesemua bahan yang disangrai..
5. masukkan daging dan tambah air separas daging dan biarkan 
   mereneh sehingga empuk sekiranya daging tidak empuk tambah air
6. masukkan kicap dan rasanya gula garam.
7. manis ke pedas mengikut citarasa...

selamat mencuba... 


Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Komen Sekali

Wednesday 20 June 2012

KEK PISANG MUDAH

pisang mak bawak....
dah ranum sayang nak lempar ... mmg nak jadi cerita...aku gi ke pasar tani saja2 nak beli apa2 yang patut coz malas nak masak...mula2 tu teringin nak makan botok2 atau kawan2 di sini suka bebenor panggil botox2 he3...kira bahan wat awet muda (dah lambat kot)


mmg ilmu ni tak kenal batas masa...
kakak yang jual barang kampong ni masa aku beli ulam kat dia sempat tanya kerana masa tu aku nak cari pisang emas (suami pesan soh beli) tapi akak tu bagus punya dok simpan semua pisang katanya ada orang oder (bakery) pisang yang ranum...siap tanya i suka wat kek ke...dia nak ajar wat kek pisang mudah dan gerenti plak akak ni kata mesti jadi dan sedap...


MEMANG SEDAPPPP LEMBUT LEMAK....


ada yang aku tambah bahan tidaklah 100% resepi akak tu ada campurtangan idea aku gak




oklah dah tulis banyak2 sgt makanya diturunkan ilmunya


(mangkuk tupperware - 400ml/1 3/4 cups)
1 mangkuk pisang lecek/blender (emas/rastali)
(i guna pisang abu yang mak bagi je)
1 mangkuk tepung gandum
1/2 mangkuk minyak masak
3 telor grade A
1/4 mangkuk susu pekat manis
3/4 mangkuk gula pasir
1 camt esen vanilla
1 camt soda bikarbonate
1 camt cream of tartar
1 camt ovellete
1 camt garam halus


kisar halus pisang dan campur minyak masak, telor dan kisar lagi kemudian masukkan tepung gandum,susu pekat manis gula pasir
masukkan semua esen vanilla, soda bikarbonate, cream of tartar, ovellete dan garam
tuang dalam loyang bulat 9" atau 9.5" empat segi...


bakar 180c 1 setengah jam atau sehingga masak.
boleh juga di kukus selama 1 setengah jam juga atau sehingga masak tapi tutup dengan alluminium foil supaya tak masuk wap..




yang ni dah tinggal sekerat...potong untuk majlis rewang botok2 rumah teman ... dan hari ini tinggal suku je bagi kat biras datang antar kurma dan air zam2 dia baru balik umrah...


apapun selamat mencuba...


kalau tidak gagal mana nak tahu erti kejayaan....
Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Komen Sekali

ASAM REBUS BATANG KELADI

ASAM REBUS BATANG KELADI


salah satu masakan kegemaran suami dan juga diriku...dah lama tak masak sehinggalah jumpa mak di rumah mak cik di johor baru kenduri sepupu ku....mak pass keladi ngan batangnya sekali, pisang abu, buah limau nipis dan tapai ubi...


terimakasih makkkkk....i luv u


balik rumah 2 hari ku biarkan ia, macam layu lah plak sian takkan nak biarkan usaha mak tu terbiar begitu sahaja....
makanya hari ini aku masak gak batang keladi dan ubinya sekali...


ada orang takut masak batang keladi takut gatal....




wajanbawon

kalau orang utara sayur keladi ni di makan dengan nasi ulam...tapi kita hentam je lah makan ngan nasi putih je...sedap gak lagi2 ada ikan masin gelama atau tenggiri masam curah asam limau potong bawang dan cili api skit...perghhhh....nak pose ni elok gak wat awal2...

tanpa membuang masa ku turunkan resepi untuk dikongsi bersama

1 ikat batang keladi (kalau ada keladi lagi bagus)
- dibuang salutnya begitu juga keladi dipotong agak besar dan    
  di celur...rebus dulu keladi sehingga lembut barulah masuk 
  batang keladi...cuci dan ketepikan

bahan kisar
10 cili kering dikisar
2 labu bawang besar
1 camt lada hitam
2 camb udang kering kisar
2 inci belacan
*segenggam udang basah (buang kulit)

kisar kesemua bahan kecuali udang basah kisar sekejap je kemudian bersama bahan kisar tadi...jgn halus sangat

4-5 asam keping sederhana
2 pokok daun kesum
1 kuntum bunga kantan potong 2
garam, gula
  1. bahan kisar di rebus sehingga menggelegak...
  2. masukkan batang keladi dan ubinya biarkan gelegak sebentar
  3. masukkan asam keping, bunga kantan daun kesum dan garam
  4. rasa garam gula
selamat mencuba


ni baru lawan dia.........

assalamualaikum semuga bertemu dilain resepi yang mudah2...

Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Komen Sekali