Sunday 9 September 2012

SUP AYAM / KAMBING

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN


tak terlambat rasanya untuk mengucapkan selamthariraya maafzahirbatin kepada semua rakan-rakan dan pengunjung2 setia WAJANBAWON yang tidak jemu2 bertandang ke blog mak uda ni.

rasanya dah lama tak share resepi2 untuk teman2 semua sibuk dengan xtvt MASJID pada bulan ramadhan lalu sehingga tidak ada masa untuk melayan WAJANBAWON.  namun mak uda ttp ingat dan sentiasa check ada lagi ke peminat ... he3...

alhamdulillah... setakat ni masih ada yang sayang..

bulan SYAWAL ni tentu ramai yang buat open house dan gi open house ... makan2 sana sini dan dah naik kg lah plak... mak uda pun tak ketinggalan juga dengan open house sana sini dan di sini plak ada fenomena baru kita sama2 wat BARAAN (loghat Jawa Johor) iaitu mengunjungi jiran2 setempat/kampung secara beramai2 dengan MARHABAN dan DOA SYAWAL...mmg terasa kemeriahan SYAWAL kali ini walaupun kami bermula dengan grup yang kecil untuk permulaan nak trial and error lah dulu sebelum kalau ada umor panjang InsyaAllah tahun depan kita war2kan pada grup yang lebih besar untuk mengeratkan UKWAH kerana masing2 dah jauh dari keluarga... jiran adalah keluarga kita yang paling hampir dan rapat...

jadinya bila tiba giliran mak uda makanya cadang nak wat NASI DAGANG TRENGGANU walaupun mak uda orang johor tapi dek minat masak dan mencuba resepi baru makanya mak uda pun cubalah wat untuk kali ke 3 dan alhamdulillah berjaya tapi bukan resepi NASI DAGANG tu yang nak di share tapi SUP AYAM KAMPUNG/TUA/KAMBING MAMAK...
nasi dagang tu buat jugak tapi untuk jamuan rumah kawan kerana ada majlis harijadi anak sulong so makan nasi dagang disana kat rumah mak uda makan roti arab ngan sup ayam je...


   
mmg sedap dimakan ngan roti benggali/batang/buku atau roti arab... pekat kuahnya lagi lama dipanaskan lagi umppppp....


1 EKOR AYAM TUA/KAMPONG/KAMBING (IKG)
5 BAWANG BESAR
SEGENGAM BAWANG PUTIH
3 INCI HALIA
2CAMB LADA HITAM
1 CAMB KASKAS
3 KAYU MANIS
7 PELAGA
3 LAWANG
5 BUAH KERAS
5 ASAM KEPING (IKUT KEMASAMAN)/ AIR LIMAU NIPIS KEMUDIAN
TEPUNG GANDUM (PEKATKAN KUAH)

1. REBUS DULU AYAM TUA DAN BUANG AIRNYA (TAK PERLU EMPUK) KALAU KAMBING PULA REBUS NGAN DAUN PANDAN DAN HALIA KETUK DALAM 5 INCI DAN AIR NYA SIMPAN UNTUK SUP.

2. KISAR BAWANG BESAR, PUTIH DAN HALIA...RENDAM LADA HITAM, KASKAS, KAYU MANIS, PELAGA, LAWANG DAN BUAH KERAS DALAM 1/2JAM TUMBUK KASAR DAN MASUKKAN DALAM BLENDER YANG BERISI NGAN BAHAN KISAR TADI DAN KISAR LAGI UNTUK MENGHALUSKANNYA.

3. REBUS NAIK JE SEMUA BAHAN SEHINGGA MENGGELEGAK DAN MASUKKAN AYAM/KAMBING DAN REBUS SEHINGGA EMPUK. TAMBAH ASAM KEPING, GARAM DAN SKIT GULA.

4. UNTUK MEMEKATKAN KUAH BANCUH SKIT TEPUNG GANDUM DALAM 2CAMB DENGAN AIR MASAK DAN TUANG DALAM SUP DAN KACAU...KEPEKATAN BERGANTUNG BERAPA BANYAK AIR SUP...KALAU KURANG PEKAT SEPERTI KEHENDAK BANCUH LAGI TEPUNG GANDUM.

HIDANGKAN DENGAN TABURAN BAWANG GORENG DAN DAUN BAWANG...SELAMAT MENCUBA


SELAMAT MENCUBA SEMUA DAN SEMUGA RESEPI KALI INI DAPAT MEMBERIKAN IDEA UNTUK KELAINAN DALAM HIDANGAN SEMPENA JAMUAN HARIRAYA... RINGAN DAN MUDAH DISEDIAKAN...

kalau ada yang telah berjaya mencuba silalah memberikan komen agar dapat diperbaiki dimana2....dan dimasa2 akan datang.


Terima Kasih Daun Keladi, Dah Baca Komen Sekali

2 comments:

  1. sedap...sedap..mmg 1st class..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aameen....jgn lupa cuba sendiri ngan kambing ke daging semuanya akan rasa sama ... rasa kambing ... selamt mencuba Nor samani...

      Delete